FAQ

Frequently Asked Questions

Soalan lazim tentang Namecard2U. Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami terus.

Getting Started
Getting Started
Apa itu Namecard2U?+
Namecard2U ialah platform kartu nama digital Malaysia. Anda dapat satu link unik dan QR code — bila sesiapa scan atau klik, mereka nampak profile profesional anda dengan semua info, gambar, video dan link sosial anda.
Berapa lama untuk siap?+
Selepas pembayaran disahkan, profile anda akan siap dalam 1 hari bekerja. Untuk rush delivery (RM 80 tambahan), kami boleh siapkan pada hari yang sama jika order sebelum 2pm.
Saya perlu buat apa untuk mulakan?+
Hanya isi order form di halaman Contact, atau WhatsApp kami. Kami akan hantar senarai info yang diperlukan — nama, bio, gambar, link sosial. Proses ambil dalam 10-15 minit sahaja.
Perlu install app ke?+
Tidak langsung! Profile anda dibuka terus dalam browser — iOS, Android, atau laptop semua boleh. Pelanggan anda tak perlu download apa-apa.
Payment & Pricing
Cara bayar macam mana?+
Bank transfer sahaja — Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, dll. Tiada payment gateway, tiada kad kredit diperlukan. Kami sahkan pembayaran dalam 24 jam.
Ada hidden charges tak?+
Tiada! Harga yang kami sebut sudah termasuk setup fee. Renewal tahun kedua dan seterusnya lebih murah (tiada setup fee). Add-on seperti content update (RM 30) hanya dikenakan jika anda minta.
Boleh refund kalau tak puas hati?+
Kami tidak menawarkan refund setelah profile siap dibina. Tapi kami akan usahakan sehingga anda berpuas hati — revisi dalam had yang ditetapkan adalah percuma.
Bila perlu renew?+
Setiap tahun. Kami akan hantar reminder via WhatsApp 30 hari dan 7 hari sebelum tarikh tamat. Harga renewal lebih murah dari tahun pertama.
Profile & Content
Boleh update info sendiri?+
Ya! Pelanggan Professional dan Premium boleh login ke agent portal untuk upload gambar sendiri. Untuk update bio, link, dan info lain, hantar request ke admin kami — percuma dalam had yang ditetapkan dalam User Agreement.
Berapa banyak gambar boleh upload?+
Basic: gallery asas. Professional: sehingga 30 gambar merentasi semua bahagian (Products, Events, Awards, dll). Premium: unlimited.
Boleh ada video YouTube?+
Ya, untuk plan Professional dan Premium. Anda boleh embed featured video dan tambah beberapa video tambahan yang akan papar sebagai thumbnail boleh klik.
Profile boleh ada 2 bahasa?+
Ya! Untuk plan Professional ke atas, profile boleh dalam Bahasa Inggeris DAN Bahasa Cina. Pengunjung boleh tukar bahasa dengan satu tap.
Technical
Link profile macam mana?+
Format: namecard2u.com/?p=yourname — contoh: namecard2u.com/?p=jazztan. Anda juga dapat QR code yang boleh dicetak pada bahan pemasaran.
Boleh guna domain sendiri?+
Untuk plan Premium, kami boleh set up subdomain khas. Custom domain sepenuhnya memerlukan perbincangan tambahan.
Profile selamat ke? Data saya protect?+
Ya. Semua gambar dan dokumen diakses melalui sistem kami yang selamat — tiada URL terus ke fail. Maklumat sensitif seperti NRIC tidak ditunjuk pada profile awam.
Apa jadi bila subscription tamat?+
Profile akan ditangguhkan (tidak boleh diakses) sehingga renewal dibuat. Data anda disimpan selama 90 hari selepas tamat tempoh.

Still have questions?

WhatsApp us — we reply fast, usually within the hour during business hours.